Sunday, July 28, 2013

Blog Sedih

Assalammualaikum.

Last update aku pasal Dia..kisah sedih..now, aku nak luah lagi rasa sedih... 
Apa lagi silap aku dalam hubungan aku dengan dia? 
Apa yang aku tak mengerti lagi? Apa yang aku kekurangan lagi? Mana silap aku? Over? Obses? atau apa???
Tadi siang, sabtu, aku tak kerja, so aku bangun lambat, lepas sahur dan subuh aku tidur sampai pukul 11.45pagi... Aku bangun tengok hp takda apa-apa, aku fikir dia pun cuti...sebab aku fikir kalau dia kerja mesti dia akan call atau mesej aku.. tp sampai ke pukul 3lebih hp aku masih senyap..
Last-last berbunyi juga, dia call, tanya aku kerja ke tidak,, aku cakap tak, dia terus letak... Pukul 4lebih dia mesej,,, minta tolong top up kan..ini perkara biasa sebab kerja dia yang memerlu kan dia call tempat kerja dia untuk hantar barang... tapi aku reply, cakap aku pun takda kredit,,,dia tak balas...
Dalam 5lebih, aku mesej dia,,tanya dah ada top up belum...dia reply "lom". Dengan baik nya aku share kan top up sebab kesian..walaupun aku sendiri tengah tak bertop up, aku minta share dari ayah aku...untuk dia...
Aku mesej dia, tanya dah dapat top up belum? dia senyap..aku mesej lagi..tak berbalas...last-last aku call tapi tak berjawab...okey aku fikir dia tengah busy kot..nevermind... aku friendfinder, dia ada kat bengkel tempat kerja dia,,, hati aku, okey dia selamat, mungkin dia tak dengar bunyi hp..
Lepas buka, aku tengok hp masih takda apa-apa, pukul 8lebih, aku try call, yang jawab operator, hp dia off, aku call no singapore dia pun sama tutup.. Okey aku fikir, dia masuk singapore, tu yang hp off.
Beberapa minit kemudian, dia call,,, cakap sorry hp teroff... hati aku? sabar + bengang.. bila aku tanya tengah buat apa, dia jawab tengah tengok movie superman ni... hati aku panas...aku terus letak...
Kesimpulan nya disini, mana ye silap aku? Aku dah cuba jadi terbaik untuk hubungan ini. Terlalu mengongkong ke aku ni? salah ke aku nak perhatian dari dia..nak tahu apa dia buat, dia kat mana..ucapan terima kasih ke... ini last-last jawapan yang aku dapat dia dah kat rumah tengah layan movie.. yang aku dok sibuk tertanya-tanya dia kat mana? tengah buat apa? dah buka ke belum? 
kenapa nasib aku macam gini? apasal dia yg menjadi pilihan aku? kenapa aku tak dapat yang apa aku ingin kan? bila dia nak berubah...ini bukan yang pertama, tp dah banyak kali... ikut kan aku dah masak sangat dengan perangai dia..tapi aku masih tak boleh faham... kenapa ye? 

Wasalam

Thursday, March 14, 2013

Masa & Perhatian

Assalammualaikum..

Maaf, andai kata blog ini sangat-sangat over atau pun tak perlu diwujudkan. Ia nya hanya sekadar luahan rasa apa yang terpendam di hati. Yang diri sendiri tak mampu untuk luahkan nya. Masalah nya disini mungkin benda yang sama..iaitu masalah percintaan.

Aku tak tahu apa penghujung hubungan aku dengan NFMK. Aku frust sebenarnya sebab dia susah nak bagi MASA dan PERHATIAN untuk aku. Masa dia 24jam KERJA! KERJA! KERJA! 

Aku bukan tunggul!

Bila aku persoal kan masalah ini, dia akan cakap "You tak suka ke dengan kerja I yang sekarang?" "I kerja untuk masa depan kita" 

Sampai bila soalan/jawapan itu yang aku nak dengar? Bukan aku tak suka, malah aku sangat-sangat bersyukur sebab dia dah tukar kerja yang baru, not bad gaji TAPI masa??? 

Masa dia hampir 24JAM dengan kerja.  AKU BOSAN! BORING! SUNYI! 

Ni dia baru lepas call aku, dia cakap tengah nak masuk Singapore lagi... sekarang pukul 10.30MALAM... 

Entah la..aku sendiri tak tahu, perlu ke aku rasa macam ni... sedih, nangis, marah, geram, 
Tiap malam aku nangis, walaupun aku cakap dengan diri aku sendiri yang aku kuat untuk hadapi semua ni. tapi air mata ni mengalir dengan sendiri. Dah puas aku berdoa supaya ALLAH SWT kuat kan iman aku, tapi mungkin doa aku belum dimakbulkan. Aku berserah jerk hubungan aku dengan dia ni,, erti kata lain, "malas nak fikir dah, ada jodoh adalah...takda, nak buat macam mana" tapi dia marah aku bila aku cakap macam gitu dekat dia.. Dia cakap aku yang mendoakan macam tu..habis?? nak aku buat macam mana lagi?? aku dah give up!

Tadi siang dia mesej, tanya kenapa aku senyap, tak mesej dia macam selalu, aku jawab la " i tahu you yang akan cari i nanti" dan dia pun reply "tahu pun" 

"TAHU PUN" means dia memang tak nak aku cari dia, kacau kerja dia, dunia dia sekarang KERJA! KERJA! KERJA! 

Tadi tayar kereta aku pecah, nasib baik dah nak sampai rumah baru aku perasan yang tayar nya dah leper...itu pun ada macha tu hon bagitahu aku... Bayangkan kalau kena kat bandar,,,siapa aku nak mintak tolong? kalau dia dok sibuk dengan kerja!  

Lantak dia la.. Hati aku dah takda perasaan...

Actually aku sangat rindu kan dia,,, banyak benda yang aku tak dapat nak share dengan dia...berbual dengan dia.. dah takda semua tu... telefon sekarang, just cakap "dah sampai rumah" / "nak masuk singapore"
mesej pun jarang-jarang..kadang-kadang tak reply langsung pun... siapa yang tak kecil hati... Kalau jumpa pun, hari ahad..sekejap jerk.. balik awal, sebab esok nya nak kerja,,,, KERJA LAGI!

Dan bila dia penat, aku tanya-tanya, dia akan marah aku... pernah satu hari, dia cakap aku "tolol"... 

You, I memang tersangat la kecil hati dengan you, kalau suara i happy pun, actually hati i sangat lah sakit..sebab you langsung tak faham apa yang ada dalam hati i....

Susahnya nak dapat kan MASA & PERHATIAN you,,,

Wasalam.


Friday, February 15, 2013

Halllluuuuuu

Hai, Assalammualaikum, lama nya tak updated blog ini. Serius rindu nak menulis..tapi apa kan daya internet kat rumah ni asyik buat hal jerk, mula-mula line telefon kena sambar petir, pastu aku ingat moderm rosak, rupanya wireless aku yang rosak, so terpaksa la aku online dalam bilik jerk. #nasib #nasib 
Actually, aku tengah MC 3hari ni, aku cabut gigi bongsu, so sebab ada masalah sikit, so terpaksa la buat operation kecik sikit, tu yang dapat MC nya 3hari.. Alhamdulillah hari ini, hari ke-3, so dah kurang sikit bengkak nya tapi still bengkak juga, dan makan bubur jerk..serius lapar :( jahitan nya plak minggu depan baru buka.
Walaupun, semalam aku tengah MC, tapi aku membuang kan kerja ku dengan ikut NFMK pergi buat kerja..cari pasal kan aku ni..akhirnya hari ni pinggang aku yang sakit.Padahal ikut jerk dia, diam-diam duduk dalam lori tu tapi sebab hampir satu hari duduk jerk so penat dan bosan + lapar haha. Kesian NFMK rasa bersalah pulak dia sebab bawa aku ikut dia kerja, last-last dia cakap "sayang, ni first and last la i bawa you, kesian you," haha aku pun jawab "memang tak la nak ikut you lagi".  Tapi yang penting dia belanja aku makan walaupun aku tak boleh makan, dia sedap-sedap makan nasi goreng paprik dengan burung puyuh goreng perghhhh sedap tu, yang aku makan sup ayam jerk, itu pun tak habis.. #sedeh! habis tengah sakit, nak buka mulut pun malas.. Yang paling siot, NFMK boleh cakap "bagus la you sakit, senyap sikit..kalau tidak mulut tu membebel jerk" hah ayat tu aku sentap! kuang asam punya "kambing"!!! :) dengan jelingan yang tajam aku tengok dia, tapi dia macam takda rasa bersalah cakap aku macam tu! mulut takda insuran punya budak.
Hari ini, pepagi mak aku tanya, "kau ikut fikri lagi tak hari ini?" Owhhh makkk memang tak la yam nak ikut fikri tu lagi..patah pinggang anak mak ni nanti.. Lagi pun pagi ini NFMK masuk Singapore, so memang tak la aku nak ikut dia, sebab aku punya passport dah lama innalillah..belum renew lagi.
Psssttt berita terkini ex NFMK pula dah bertunang...bila aku tanya NFMK apa dia rasa? mula-mula dia kata "I tak kisah pun" pastu dia cakap lagi "I tercabar la". see??? now you rasa, apa yang i pernah rasa kan? ex aku ex dia dah selamat jadi tunangan orang.. yang kami??? sabar jerk la..masa nya akan tiba, ada jodoh tak ke mana. banyak sangat dugaan dan masalah timbul bila kami berdua rancang ke arah itu... mungkin belum rezeki kami lagi hehe.
Ok la, nanti kalau ada idea lagi aku nak tulis lagi...Wasalam.

Monday, December 17, 2012

Dato' Harimau

Assalammualaikum

Fuhhhhhh penat den baca blog seorang hamba Allah ini..tapi best, dia cerita tentang aktiviti harian dia..terjebak dahhhh padahal aku just cari entry pasal bajet ****** jerk opppsssttt tak boleh mention awal-awal nanti takut "bebual" jerk.
Mood nak buat entry kali ni membuak-buak pulak tapi padahal tak tahu nak tulis apa pun (alasan seorang blogger) :D
By the way, aku nak minta maaf sekira nya entry-entry aku ada yang "over" atau tak patut untuk di post kan.."ampun kan kami penghuni gua" :p
Hah tiba-tiba teringat kisah kat office tadi, tergelak sakan aku bila teringat hihihihihi see belum cerita aku dah tergelak (konon) hahaha aku tersalah tulis alamat client TAPI sebenarnya staff lama yang salah tulis so aku follow jerk la address nya tu.. address tu sepatut nya JALAN DATO'SULAIMAN tapi staff lama dengan aku-aku sekali tulis alamat tu JALAN DATO'HARIMAU. See berangan betul, aku rasa mesti dia dok ingat lagu "pukul berapa datuk harimau" dengan aku-aku sekali terjebak tak pasal-pasal kena gelak dengan akak-akak office. haishhhhh 
Moral of the story : JANGAN BERANGAN YE MARIAM :D
Ok la sebelum aku ending kan post kali ini aku nak ucap tahniah kat "dia" sebab selamat bertunang dengan pilihan hati dia, happy for he and she hmmmm 
(aku ok,cuma aku tak nak la ambil-ambil tahu atau wish depan-depan kat dia sebabnya aku hormat dan aku tak nak tunang dia "jeles") aku perempuan, aku tahu apa perempuan rasa ^__^

Wasalam

Sunday, December 16, 2012

no title

Assalammualaikum

15-12-2012. Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Jiwa kemalasan aku agak menebal. Actually banyak benda yang aku nak tulis tapi aku delete supaya takda hati yang terasa. 15-12-2012 ini tarikh birthday NFMK. Aku sayang dia, ye aku sayang dia seperti aku sayang diri aku sendiri, kadang-kadang tu rasa sayang dia lebih daripada diri aku sendiri.  Dia lelaki yang aku sayang dengan tanpa ada kelebihan.  Pakwe aku tak kaya, pakwe aku tak pandai, pakwe aku takda pelajaran tinggi, pakwe aku tak sempurna sebutan nya. Tapi aku terima semua kekurangan dia, sebab bila kita menerima kekurangan nya, maka kita akan gembira dengan kelebihannya walaupun sebesar kuman.  Tapi, dia seolah tak mengerti perasaan aku ini.
"You, i just nak you tahu yang i terlampau sunyi bila you takda masa untuk i. You penting kan kawan you, alasan you dia dah nak kawin, so bagi masa you untuk dengan kawan you tu. How about me? I mesej you, jarang you nak reply, tapi you akan call i tapi waktu tu i dah tidur..you kacau waktu tidur i..tapi i angkat, i jawab call you, i layan you, i dengar cerita-cerita you, i dengar segala complain you...sebab apa?? sebab itu jerk masa yang i ada untuk dengan you..sayang i dekat you tak akan berubah. I tahu you takda perempuan lain,selain i tapi masa you banyak sangat untuk mamber-mamber you. Alasan you lagi, you tak nak kawan-kawan you bahan you. How about ME? I bukan patung cendana. You cakap i depan you happy, banyak cakap tapi bila takda depan mata i akan sentap. You know why? because you lupa kan i langsung..mesej jarang balas, call susah nak angkat, bila jawab, you akan cakap nanti you call balik tapi you call i bila i dah tidur! siapa yang tak marah dan sentap bila waktu tidur nya di kacau???!!! Bila i try bincang tentang kita you suruh i faham you... habis i siapa nak faham? I boring, i takda kawan nak bebual, sebab tu i cari you... You tak akan faham semua tu.  Bila i marah-marah, bila i bebel-bebel dalam mesej you akan jawab "syg, i love u" sebabnya you malas nak layan i. kenapa you ditemukan dengan i?
Semua ini you tak akan tahu isi hati i, sebab you tak reti nak selam perasaan i sedalam-dalamnya. Tapi i akan bagi you masa sampai bila-bila untuk berubah...walaupun akhir pernafasan ini.  Sayang i dekat you tak akan berubah,,, I hope you akan berubah dan fahami i sedalam-dalamnya.

#penulisan jiwa kacau
#M.A.A.F

Sunday, August 12, 2012

Kesilapan

Assalammualaikum
Lama aku tak update pasal hati dan perasaan aku kan. Actually terlalu banyak benda yang aku lalui untuk bulan ini..sampai air mata ini mengalir tanpa aku sedari. Semua nya bermula dari tempat kerja, aku mengaku aku budak baru so terlalu banyak benda aku kena belajar. Just imagine, aku masuk kerja dalam office tu hanya ada seorang jerk staff lama, yang lain staff baru..budak baru tu masuk sebulan sebelum aku masuk..so bayang kan la...banyak benda yang aku kena berharap dengan staf yang lama tu..so jalan penyelesaian nya aku study sendiri sesuatu sistem and account client.. so far jalan penyelesaian aku berjaya.. tapi ada lah satu hari tu, aku kena buat company yang tax nya tinggi..hampir 100k... so memang la dorang akan teliti satu per satu account company tu.. Nak jadi cerita, jam dah pukul 4.45pm..ada lebih 10minit aku nak balik..senior aku boleh suruh ubah hire purchases company tu..dan nak HARI ITU JUGAK!!!  wey giler ke?? memang aku bengang giler time tu.. kesudahan nya.. staff yang lama tu ibarat macam marah aku sebab tak tanya dari awal.. disebabkan aku dah malas nak fikir aku senyap jerk..sebab malas nak beta dan nak tunjuk siapa salah atau siapa betul... Actually tax company tu aku dah siap kan dua minggu yang LEPAS...tapi apa jadah entah senior aku tu busy bebenor sampai tak chek aku punya tax.. so korang rasa salah siapa? Fikir-fikir la...aku budak baru so aku senyap lagi sebab malas nak tunjuk belang..aku tahu kekurangan aku kat mana..senyap lebih baik kan?? hurmmmmm Menang aku dah niat nak blah dari company tu tapi bila fikir pasal gaji aku nak naik..walaupun actually tak seperti yang aku nak..at least naik la sikit... dan aku nak cari pengalaman sebelum aku blah dari situ... One day akan ku blah jugak dari company tu...sebab nya?? sebab kejadian-kejadian macam gitu la..aku memang tak suka sebab kesudahan nya aku yang menangis..dan takut nak pergi menghadap kerja-kerja itu. Memang susah bila benda yang kita tak minat dan kita paksa untuk buat..bolehhhh tapi take time la...

Dan hal kedua nya,,,, memang aku tahu silap aku sebab ajak NFMK masuk dalam rumah time mak ayah aku takda kat rumah.. Aku ajak bersebab,, sebab NFMK nak makan.. sepatutnya dia buka dengan aku,mak and ayah kat rumah..tapi dia tu gedik pergi lengah-lengah kan masa..dah terpaksa makan lambat sikit.. Actually, abang aku suruh pergi ambil baju kakak ipar aku dekat kempas,,, secara kebetulan NFMK kata cermin mata yang dia nak jual tu takda kat rumah dia..so dia nak datang rumah aku, nak ambil cermin mata tu..so aku pun ajak la dia teman pergi ambil baju tu..dia ok jerk..walaupun penat... time balik, ada makcik-makcik jiran aku yang duduk dekat tembok rumah aku.. Sebelum sampai rumah, NFMK ada cakap  nak makan dalam rumah ke,,nanti mendatangkan fitnah pulak.. aku cakap la makan jerk,,lepas makan balik la..kita buka la semua pintu.. hope dalam hati aku takda la makcik-makcik kepoh tu depan rumah... Sekali..sampai jerk depan rumah..amek ko..sekali mesyuarat tembok ada la plak,,,dan kebetulan abang aku call tanya pasal baju kakak ipar aku..so aku bergayut la dengan abang aku..memang silap aku tak menegur makcik-makcik tu..HELLOOOOOOOOO bukan aku tak nak tegur, FIRST memang aku segan, 2nd, aku dah tengok muka makcik-makcik tu tapi sorang pun tak tengok aku balik..so aku nonong la masuk rumah..dengan tengah bergayut dengan abang aku.. NFMK pun follow la..sebab nak makan kan.. Dan benda yang aku sangat sedih.. makcik-makcik tu cakap...."ni mak ayah pergi terawih dah ajak lelaki masuk rumah, kalau mak ayah dia pergi haji macam mana la nanti" YA ALLAH sungguh aku sedih giler.. tak terfikir pun aku nak buat maksiat time mak ayah aku pergi haji nanti..malah makin aku risau time mak ayah aku takda nanti.. ikut kan hati aku, aku nak cuti tanpa gaji time mak ayah aku pergi haji..aku nak duduk dengan abang-abang aku dekat KL. Tapi aku tahu aku ada tanggungjawab untuk bekerja dekat JB ni...entah la memang aku down..aku menangis, aku berdoa agar ALLAH kuat kan iman aku. Aku mengaku memang salah dan silap aku..tapi tolong jangan libat kan mak ayah aku.. Just imagine perkara macam ni kena dekat diri makcik-makcik tu.. walaupun kesilapan itu dari diri sendiri tapi bila orang mengata tentang kita..apa perasaan kita?? Kita manusia takda hak untuk menghukum sesama manusia.. hanya Allah SWT layak mengadili hamba nya,,,
Wasalam

p/s: Maaf kalau ada yang terasa, tapi ini luahan aku... bayang kan korang ditempat aku..

Thursday, August 2, 2012

Al-Quran kitab suci


Assalammualaikum

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan
ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua

Wasalam

p/s: ni aku copy and paste dari sebuah blog. Aku harap aku turut menjadi kekasih ALLAH SWT yang dikasihi.